Tentang

The Wakaf Buku inisiatif anak muda untuk membina perpustakaan di rumah anak yatim dan kawasan pedalaman.

OBJEKTIF

Objektif utama The Wakaf Buku ialah memberi anak yatim dan anak-anak kawasan pedalaman peluang mempunyai perpustakaan dengan buku baharu dan berkualiti, sesuai dengan keperluan umur mereka.

MENGAPA THE WAKAF BUKU?

Kebanyakan rumah anak yatim masih belum mempunyai sistem perpustakaan dengan buku baharu yang sesuai dengan zaman anak-anak.

Begitu juga di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak yang memerlukan pengangkutan masuk menggunakan bot dan kenderaan pacuan empat roda.

The Wakaf Buku mengambil semangat perkataan ‘Wakaf Buku’ dan menjenamakannya semula untuk merealisasikan impian anak yatim dan anak kawasan pedalaman dengan menghantar hanya BUKU BAHARU dan TERKINI, yang sesuai untuk bacaan mereka.

Perpustakaan yang digelar #KhutubKhanah The Wakaf Buku ini akan dilengkapi dengan rak, meja serta kerusi dari Ikea serta buku-buku baharu tidak kurang dari 300 judul.