KhutubKhanah #9 – Pahlawan-pahlawan Merah

Catatan srikandi sukarelawati TWB, Alynn Sharuddin yang bertandang dari Teluk Intan.

8 Ogos – mula meninggalkan Bangi hampir jam 2 pagi. Jalan raya elok aja. Acap laju, Kak Faz dan percubaan berani mati, Syafiq sekejap di belakang sekejap hilang, sekejap di hadapan pula. Perjalanan lancar sahaja. Barangkali ini perjalanan terbesar TWB; Zamir dan Mut bersama isteri mereka, Fatin Awanis dan Mak Su memulakan perjalanan awal. Bakinya kami; Acap, Muem, Syafiq, Kak Fazilah, Arumi, Wafi, Ili, Wawa, Aisyah, Raman, Mat Luthfi, Riz dan saya, Alynn.

Berhenti di Gua Musang jam 5.40 pagi; rehat dan tunaikan solat. Teruskan perjalanan lagi, kali ini pemandu kami bertukar, di kawasan Hutan Simpan Sg Relai, Gua Musang, kabus beromantis perjalanan dan sejuk menggigit.

Sampai di Machang jam 9 lebih, sarapan bukan calang-calang – nasi berlauk, nasi dagang.

Kami tiba di Rumah Tamu UiTM Machang. Bersihkan diri dan rehat cukup-cukup. Sementara itu Mut, Zamir dan Mat berangkat ke Dabong. Menyelak tabir banjir besar hujung tahun 2014.

Lewat tengah hari makan mewah penuh kasih sayang – Nasi Kerabu lengkap solok lada, jeruk bawang putih, sambal dan budu – di rumah keluarga Fatin Awanis. Terima kasih atas budi baiknya.

11060840_1466098780359579_2275035461715429495_n

Selepas Nasi Kerabu di rumah Awanis

Usai bergambar empat kereta mula bertolak dari Machang ke Kuala Krai. Singgah Masjid Sg Peria tunaikan solat. Sempat amati kubah masjid, kesan lumpur belum pudar. Kuala Krai hujung tahun lepas semacam kena tsunami kecil. Siapa lupa gambar air banjir hingga ke tingkat tiga sekolah? Kebanyakan kesan lumpur masih boleh dilihat pada bumbung-bumbung rumah, dinding kedai. Moga-moga tindakan persediaan banjir tahun ini telah diambil.
SMUA Darussalam memang tidak mempunyai perpustakaan sebenar sebelum ini. Sementara menunggu bangunan baru khas untuk perpustakaan siap dibina, perpustakaan dibina dalam bilik mesyuarat guru. Pasang rak, cop dan asingkan buku mengikut jenis masing-masing sama-sama. Sebanyak 709  buah buku berjaya disumbangkan untuk projek #KhutubKhanah9. Anak-anak ada yang tersengih, senyum lebar, senyum simpul. Malu-malu tapi tetap mesra.

11855761_1466098203692970_4099627044696649237_n

Mat Lutfi, cikgu Faiez Ali, dan pelajar-pelajar lelaki SMUA

Wafi menjadi akak fasilitator menerangkan tentang perpustakaan kepada pelajar-pelajar di sana. Guru yang bertanggungjawab berurusan dengan #TWB untuk misi ini ialah Cikgu Faiez Ali, guru sekolah ini sendiri.

Jam 10.15; Wafi bikin perlantikan pengawas perpustakaan, Aini dan Aizat. Zamir menutup majlis dengan pesanan kepada anak-anak untuk menjaga kebajikan buku dan perpustakaan. Sesi bergambar dan nota gembira anak-anak diambil tanda kenangan.

Jam 11 malam – mula bergerak keluar dari sekolah. Misi mencari sup belut untuk makan malam.

11825216_1466098313692959_1494720582568189449_n

11866205_1466098097026314_3775148711111339913_n 11855680_1466097857026338_4977233167619498902_n (1)
9 Ogos – ‘Hadiah’ sukarelawan: pusing-pusing Kelate. Machang-KB-Pasar Siti Khadijah-Kampung Kraftangan-Istana Jahar-Pantai Cahaya Bulan (makan celup tepung diiringi hujan lebat dan angin kuat). Masih simpan sedikit kecewa dengan roti canai gearbox yang belum buka kedai pada waktu itu.

Lewat petang, separuh daripada tim meninggalkan Kelantan. Dua kereta lagi akan bergerak pulang hari Isnin.

Misi selesai dan kehidupan bersambung seperti biasa, bagi kebanyakan tulang belakang TWB. Masing-masing sudah mula sibuk merencana perpustakaan lain di Sibu dan beberapa tempat lagi sebelum tahun berakhir. Jalan terus!

Kids need to read… literacy can provide a magical bridge between a number of extremes: from ignorance to knowledge, from hopelessness to optimism, from helplessness to self-determination, from poverty to comfort, and from isolation to connection… The more books they read, the more they understand the world and their place in it. Reading validates their lives and helps them to understand the possibilities life holds for them.” – James Blasingame.

Nota:

Saya yakin, anak-anak SMUA Darussalam akan senyum lebih lebar sekiranya pembinaan perpustakaan siap segera. Mutalib Uthman, bos besar TWB sedang berkempen untuk mencari 10 dermawan bertanggungjawab dengan sumbangan RM 5000.00/seorang. Rujuk laman Facebook Mutalib untuk informasi lanjut. Solidariti bersama anak-anak SMUA Darussalam!



Comments are closed.

KhutubKhanah #6: Perjalanan bak “The Hobbit” ke Tuaran, Sabah
KhutubKhanah #7 – Kisah Peter dan Anak-Anak
KhutubKhanah #4: Menjelajah Bumi Sarawak
KhutubKhanah #3 Akan ke Machang, Kelantan