KhutubKhanah #6: Perjalanan bak “The Hobbit” ke Tuaran, Sabah

Ini adalah catatan salah seorang srikandi kami ke Tuaran, Sabah bernama Alynn Shaharudin.

Tuaran, Sabah – Perjalanan saya kali ini memerlukan saya terbang ke negeri dibawah bayu, Sabah sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Saya ditemani seorang rakan dari Kuala Lumpur, Sarrah dan akan berjumpa rakan-rakan lain di Kota Kinabalu. Nyata kami berkongsi fikiran serupa tentang destinasi pembinaan perpustakaan kali ini. Bagaimana rupa sekolahnya, berselut berlumpur atau tidak.

Persoalan itu terjawab apabila kami sampai di SR Islam Al Hafidz, Pekan Tuaran. Sekolah ini merupakan sekolah persendirian yang diusahakan oleh individu-individu yang masih muda. Kedatangan kami disambut baik oleh guru-guru yang ramah dan kerja-kerja pembinaan perpustakaan berjalan lancar dengan bantuan pihak sekolah. Oleh kerana kami datang pada waktu cuti, hanya ada sedikit pelajar yang tinggal. Walaupun begitu, senyuman terukir di bibir anak-anak ini walaupun malu-malu. Hampir 400 buah buku disumbangkan untuk misi kali ini.

Selesai pembinaan perpustakaan ini, kami diajak meronda ke sekolah di Kampung Penimbawan, Tuaran. Perjalanan daripada Pekan Tuaran mengambil masa 10 minit dan kami perlu menaiki bot selama 10 minit lagi untuk tiba ke destinasi. Sesampainya kami di Kampung Penimbawan, kami menyaksikan rumah atas air yang tidak lagi diduduki. Menurut pemandu bot, mereka telah ditawarkan rumah PPRT di kawasan darat. Dikala saya menyentuh tiang titi yang digunakan setiap hari, beliau bercerita panjang tentang fasiliti sekolah yang tidak memuaskan. Bukan sahaja fasiliti sekolah, malahan kemudahan seperti titi untuk digunakan setiap hari. Tambahnya, tiang titi itu pernah runtuh sebaik sahaja dua orang guru melaluinya. Tiang yang rosak sahaja diganti. Manakala rakan-rakan yang melawat sekolah terkesima dengan fasiliti sekolah terbabit pasca kebakaran Mei 2014. Kelas-kelas dijalankan di bawah khemah dan tempat letak kereta. Bermacam rasa bercampur gaul mengenangkan nasib anak-anak menerima pendidikan dalam keadaan seteruk itu. Wawasan 2020 mungkin cuma “troll” pada anak-anak ini.

Usai lawatan, kami kembali ke Kota Kinabalu. Saya memerhati rapat anak-anak bangsa yang berjaja makan, buah-buahan, minta wang di dataran berdekatan Pasar Filipina. Keadaan ini tidak jauh bezanya dengan Kuala Lumpur dan Ipoh. Anak-anak terbiar di jalanan, menjaga rakan dan kumpulan masing-masing. Tiada gentar dengan kami yang asing ini. Sebak rasanya apabila cuma mampu melihat dan berbisik dalam hati. Kembara dan aktivisme akan selalu meninggalkan kesan baru di hati saya.

10998647_1590692557810697_2201178331931119099_n

Set KhutubKhanah di Tuaran

10996676_1590692617810691_2599982597053778849_n

Gambar kenang-kenangan team TWB bersama anak-anak dan guru.

10995667_1590692494477370_6901711204081685111_n

Team TWB seronok menaiki perahu

10991241_1589569764589643_4942858030820947434_n

Antara buku-buku yang diwakafkan untuk bakal-bakal hafiz di sini.

10984265_1590692251144061_4483675594942413905_n

Sukarelawan kami semangat bekerja.

10982066_1589569717922981_2653704821035370544_n

Buku-buku KhutubKhanah #6

10942615_1590692324477387_7147303343437241762_n

Bakal-bakal Hafiz yang akan mengubah masa depan negara.

10650006_1590692597810693_4994711513336508682_n

Team TWB bersama anak-anak.

10477259_1590692281144058_8330045437585584452_n

Kerja-kerja pemasangan rak.

18419_1590692237810729_7711212934457926891_n

TWB dan perahu berpisah tiada.

10151359_1590692407810712_492703788127979527_n

Pintu masuk SR Islam Al-Hafidz Tuaran.

 

Inisiatif seperti ini telah membuka luas mata saya tentang ketidakadilan sosial dan pelaksanaan dasar awam yang tidak menyeluruh. Saya tak mahu menunggu hingga lanjut umur untuk menyumbang kepada masyarakat. Sekecil-kecil usaha adalah penting untuk masa depan anak-anak bangsa Malaysia. Jadi, segera mendaftar sukarelawan lapangan dan bantu dengan menderma wang ringgit untuk The Wakaf Buku. Doa saya semoga TWB akan pergi lebih jauh dan lebih perpustakaan pastinya. Ilmu adalah hak anak-anak! Saya akhiri catatan ini dengan sepotong kata-kata,

“Books make great gifts because they have whole worlds inside of them.” – Neil Gaiman.

 



Comments are closed.

KhutubKhanah #3 Akan ke Machang, Kelantan
KhutubKhanah #6: Perjalanan bak “The Hobbit” ke Tuaran, Sabah
KhutubKhanah #5: Gituan dan Bulan terang di Long Semadoh, Lawas, Sarawak
KhutubKhanah #7 – Kisah Peter dan Anak-Anak